QlaNtsha.


Nur Aqilah Natasha.
21 years old.
Malaysia.

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

Friday, March 21, 4:40 pm

OK. tajuk harini Pilihan. kenapa pilihan? sebab dalam hidup kita, kita diberi pilihan. contoh dan sebab utama aku pilih tajuk ni pun disebabkan pilihan. terlalu banyak benda yang aku nak tulis, nak hapdet, banyak topik, tapi aku tak tau nak kena pilih yang mana, then aku kena buat pilihan. dan tetiba aku rasa nak cakap pasal pilihan.

First sekali, pilihan dalam hidup. ok lah. semua orang yang hidup kat dunia ni dia mestilah hidup kan. yela, aku cakap pasal orang, bukan benda. ada ke ko tengok orang yang tak hidup? ok ok orang yang dah mati, tapi orang yang dah mati pun dia pernah hidup. ah biarlah. senang cite, dan dipendekkan cerita, setiap pagi setiap kali kita bangun tidur, kita dah diberi pilihan. pilihan camne tu ek? cuba fikir dalam dalam, kita bangun kita bernafas kita buka mata, pastu kita ada akal untuk buat pilihan. pilihannya nak bangun dari tidur atau teruskan tidur. am I right? tu baru satu, ni belum masuk setiap rutin harian kita buat. mau sampai esok aku terangkan satu satu. pastu korang pun dah bosan baca. so yang tadi tu cuma muqadimah je OK.

Pastu, aku belum habis cakap lagi pasal hidup. kita hidup untuk apa? kita teruskan hidup kita hari hari sebab apa? kenapa kita nak hidup? semua tu soalan, dan aku sendiri pun taktau jawapannya. setiap orang ada jawapan yang berbeza dan jawapan yang seseorang tu ada mungkin ada baik buruknya dekat diri dia sendiri. pilihan, atau kata pendeknya, pilih. so tunggu apa? kita ada pilihan dan kita ada hak untuk pilih. contoh; kau jalan lurus pastu tetiba depan ada 2 simpang, satu ke kiri satu ke kanan. kau pilih yang mana? kau buntu kan sebab kau tak tau apa ada dekat dedua jalan tu. tu lah jalan ke masa depan, takkan kau nak patah balik nak hidup dalam hidup kau yang sama je rutin hariannya? langsung taknak keluar dari kepompong. kalau tanya aku, aku pilih yang mana, jawapan aku senang je, "aku pilih jalan yang kanan, sebab kanan lebih afdal" hehe.

Hm, no 2, pilihan dalam memilih kawan. amboi gitchew. yang bab ni, aku nak ringkaskan je sebab aku malas nak cakap pasal pemilihan dalam berkawan. sebab bagi aku semua orang atleast dalam sekali mesti ada rasa macam dia salah pilih kawan. tak payah cakap banyak la, bagi aku kitaran nak wujudkan persahabatan ni senang. korang kenal. korang berkenalan. pastu rapat. pastu terpisah dan kadang kala tak. pastu salah faham. pastu kawan balik. pastu start dari situ korang akan rasa sesuatu yg lain. entahlah. tu bagi aku la. kawan bagai nak rak, pastu last last semua perangai cam tahi. aku tak cakap semua, tapi kebanyakan. & kalau dibagi pilihan, korang nak ke kawan dengan orang yang dah buat tahi kat belakang kau? NAK KE?

K. kita skip ke no 3. pilihan dalam sesuatu perhubungan. haa yang ni mungkin panjang sikit ye. Perhubungan dalam maksud aku ni, relationship. tak kisah lah pakwe makwe ke scandal ke suami isteri ke duda janda yang pastu diorang ada satu hubungan yakni berlainan jantina. bukan lesbian atau gay hm. Kalau dibagi pilihan, (daa berapa banyak perkataan pilihan daa) korang nak ada someone (buah hati) yang jauh ke dekat? ok, aku tahu. konfem la nak yang dekat kan. boleh jumpa selalu, lepas rindu whatever. hahaha. tapi kenapa? contoh nya camni. korang 1 universiti/kolej. everyday jumpa. lagi lagi kalau satu kelas, wuu, pastu malam ke petang ke mesti la message kan tanya khabar walaupun jumpa. malam lak tak puas, otp. esoknya jumpa lagi. dalam masa sebulan dua mungkin ok lagi. lelepas tu? tak bosan ke? ye, aku tau nanti kalau dah kahwin lagilah nak kena mengadap pasangan tu lebih kerap kan. tapi kan hm entahlah. aku cuma nak tahu camne kau build relation tu without anasir2 jahat. haha if you get what I mean. tapi aku tahu setiap orang ada sebab dia sendiri. diorang sume sume dah besar dah boleh fikir dan ada juga la terselit kebodohan. aku tak cakap bodoh dari aspek apa apa. semua orang bukan pandai tau. sebab tu diorang pegi sekolah, belajar. cikgu cikgu tu pun sebelum dia mengajar dia belajar tau? hm. kesimpulannya sekarang, korang dah buat pilihan yang tepat belum sebelum melangkah ke satu level yang baru? walaupun aku tahu lama lagi korang nak sampai ke level tu.

rasanya tu je la. kesimpulannya sekarang, kalau korang keliru nak buat pilihan, pastu korang tanya pendapat orang lain pastu orang lain tu pun bengap pergi main main ngan pilihan kau. langsung takde nada nada serious tak pun diorang buat dunno je, kau lempang je kawan camtu. haha ataupun! korang tak setuju dengan pilihan yang kawan kau cadangkan, so aku sarankan korang pegi la minta pendapat mak bapak korang pula. kalau malu, korang pergi la kaunseling. kalau takmau juga, korang solat la istikharah. kalau diizinkan tuhan, Allah bagi petunjuk dalam mimpi engko.

aku ni pun kengkadang selalu buntu juga dengan pilihan aku sendiri. tapi aku selalu dengar kata instinct aku. sebab instinct aku ni leh tahan pakai juga, ko hade?

OLDER