QlaNtsha.


Nur Aqilah Natasha.
21 years old.
Malaysia.

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

Saturday, March 22, 11:34 pm

Tetiba rasa macam teringin nak update pasal Masalah. bukan masalah, tapi lebih kepada cara meluahkan masalah. first of all, caner ek korang settlekan masalah korang tu. tak kisah lah kecik ke besar ke sedang sedang ke masalah korang tu, atleast masalah tu dipanggil masalah juga kan. hm, korang lagi suka pendam atau meluahkan?

Bagi aku, masalah ni ada kalanya kita kena luahkan even perit mana pun, even kita taknak sesiapa tau pun, kalau pendam lelama pun takde guna juga. kita juga yang sakit. tak gitchew. tapi macam mana dengan that particular person yang kita nak luahkan tu. kita kena pilih orang juga, takleh nak terus shoot orang ni orang tu. maksud aku kat sini, kita takleh nak cerita dekat semua orang yang kita nak. kita kena pilih. or atleast someone yang kita percaya. mungkin?

Tapi betul ke kita percaya kat orang tu? dia boleh dipercayai ke? dia nak tolong kita selesaikan masalah kita ke? atau mungkin dia dengar masalah kita, tapi dia sungguh sungguh ke nak dengar masalah kita? atau dia terpaksa sebab dia taknak lukakan hati kita? banyak hal kan yang nak kena amik tahu. kalau fikirkan semua soalan tu, bertambah lah lagi masalah, lagi rumit la kepala otak korang. tak gitchew.

ceritanya sekarang. aku nak jot down beberapa orang yang boleh kita luahkan masalah kita dan apa reaksi dia atau situasi dia kalau kita cerita kat dia.

Family; 
family maksud aku kat sini tergolong dekat mak dia bapak dia adik dia kakak abang datuk nenek, dan yang sewaktu dengannya. ok, yang ni depends dekat orang tu. kalau dia jenis yang rapat dengan family dia. tu kira advantage la bagi dia. senang la dia nak handle situation yang dia hadapi. as for me, bila dapat support dari family, semua bebanan rasa cam ringan je, rasa cam kusut just for awhile. korang tak rasa camtu? 

Bestfriend;
ha yang ni payah sikit la kot. bukan payah, tapi kena berjaga jaga. ada benda yang korang boleh luahkan kat diorang dan ada gak benda korang kena simpan. sebab bukan semua orang kita boleh percaya tau? tapi kalau korang jenis yang ada kawan yang dah kawan lama gila, pastu korang jenis yang no hard feeling can share anything without hesitation, then you may share your problem with them; either the smallest or the worst. but, if you guys dapat kawan yang mulut dia cam hmm nokhaghom, taktau la nak cakap apa. banyak bersabar je la ye? korang mungkin boleh cerita kat dia, dan dia mungkin boleh keep it as a secret. tapi cuba bayangkan kalau korang gaduh? & ur friend ni jenis yang suka ugut atau suka burukkan orang lain. korang fikir?

Partner;
partner ni pulak ur boyfriend/girlfriend. yang ni lain sikit, bagi aku la ye. bagi korang aku tak tau. ya, aku tau korang mesti/akan/harus/pasti/wajibulghunnah/sure/konfem/indeed 98% mesti cerita punya problem korang kat partner korang kan? even korang hide camne pun, surely la bf/gf korang akan spot something different pasal kau pastu diorang mesti akan show yang diorang concern pujuk kau suruh cerita. pastu korang pun tangkap leleh, cair, & then korang pun cerita. lagi 1% tu kalau korang dapat partner yang jenis cam "ok, kau ada masalah, kau taknak cerita, tu kau punya pasal." yang lagi 1% pulak jenis yang malas melayan. sebab mungkin kau jenis yang benda kecik pun kau anggap tu masalah pastu kalau setakat saje gurau nak memanja kononnya takpe, ni jenis nak memaki hamun memarah tak tentu pasal. haa memang tak ler. sampai partner ko pon naik pening layan karenah engko (yang ni aku cam terasa sikit dengan apa yang aku type, hehe)

Ok, aku rasa 3 ni je lah yang the main person yang perlu dititikberatkan.
& now aku nak cerita pasal aku pula. aku ni jenisnya tak rapat sangat dengan family aku. maksud aku bukan lah tak rapat tapi jenis yang tak bercerita masalah masalah yang aku ada dekat diorang. lagi lagi dengan parents aku. memang tak lah. mungkin sebab entahlah, aku pun taktau kenapa. bila cerita, akan wujudlah situasi situasi yang awkward. "this is an awkward seth-uation" hehe. tapi disebabkan aku dah biasa, so aku ok la. cuma aku rasa cam offended sikit bila tengok orang lain rapat ngan family diorang siap boleh bercerita semua benda. rasa macam, hmm, untungnya. tapi tak bermakna aku tak bersyukur okay dengan family aku.

dengan kawan pula, serious aku cakap dari dulu aku memang lagi rapat dengan kawan dari ngan family. sejak zaman sekolah. masa aku lebih banyak terluang dengan kawan. sebab tu la aku lebih selesa kongsi masalah dengan kawan aku. tapi tu dulu, sebab pernah sekali aku percaya sangat kat kawan aku, kongsi masalah semua. kira aku trust gila gila friendship kitorang tu, tapi last last, hahaha, kena pijak ok. apa salah aku pun aku taktau la. aku rasa aku takde pun tikam belakang ke ape ke, rasanya takde. Ok, part ni sedih, rasa nak menitik air mata. tapi biarlah. start dari situ, aku jenis ragu ragu ngan kawan kawan aku yang lain. sebabtu bila aku cerita masalah aku kat kawan aku, aku akan singkatkan problem aku tu, maksudnya kat sini, aku tak cerita dengan lebih mendalam. just bagitahu apa yang aku rasa, dalam 30-40% maybe. tu pun dah cukup buat aku rasa kurang beban.

yang terakhir, partner. frankly said, aku jenis suka cerita masalah aku kat partner aku, even kecik mana pun. cuma kadang kadang aku rasa, "dia ni tak bosan ke dengar masalah aku? balik balik aku je yang ada masalah." "dia tak rasa terganggu ke, tak rasa terbeban ke" sampai kengkadang aku rasa malu nak cerita dah. lepas satu, satu, masalah tak pernah putus. sampai rasanya masalah aku tu sama je macam yang aku cerita yang lepas lepas, tapi still nak luahkan juga. kadang kadang rasa macam aku tau apa yang dia nak reply lepas aku cerita satu masalah. sebab semuanya sama. haha aku rasa bebal gila dan.......... rasa loser.

rasa cam otak ni sakit sangat. maksud aku, kepala. otak rasa kusut. dan rasa penat. penat fikir bila la semua ni nak berakhir. rasa dah putus harapan. <-- kata kata seorang yang sedang dilanda masalah.

OLDER