QlaNtsha.


Nur Aqilah Natasha.
21 years old.
Malaysia.

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

Monday, November 24, 12:24 am

Ya. Aku memang tak secantik dia, tak ayu seperti dia, perangai pun tak selembut dia, tapi kau perlu tahu aku pun ada perasaan juga sama macam dia. Yang membezakan aku dengan dia cuma layanan kau terhadap aku, terhadap dia.

Ya. Aku memang tamak. Memang. Aku nak kau jadi milik aku, aku tak nak kau rapat dengan orang lain, selain aku. Bukan niat aku nak mengongkong, tapi hakikatnya aku takut. Takut akan sesuatu yang aku rasa bakal terjadi walaupun kau menidakkan bahkan menafikan dengan tegas.

Ya. Perasaan ditinggalkan. Itu yang aku takut. Walhal aku sudah sedia maklum hati kau tetap pada aku walau kita jauh macam mana pun. Walaupun kita bertengkar bermasam muka, kita tetap akan bersama. Cuma mahu atau tidak saja untuk memulakan bicara.

Ya. Aku berusaha. Berusaha untuk meyakinkan diri sendiri bahwa kau milik aku dan akan terus kekal menjadi milik aku sampai bila bila. Yakin saja tidak membantu, kau juga perlu meyakinkan aku yang kau tetap aku yang punya, selamanya.



OLDER